Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
lelaki jepun fasih melayu
Kredit: TikTok @harismohdghazali
Tiada Kategori
Orang Malaysia Terkejut ‘Disergah’ Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport

Hannah

Orang Malaysia Terkejut ‘Disergah’ Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport

Bila kita berada di luar negara, soal bahasa memang selalu jadi cabaran. Sama juga bila pelancong asing datang ke Malaysia, mereka perlu sesuaikan diri dengan bahasa tempatan.

Tapi, lain pula halnya bila orang luar tiba-tiba menyapa kita dengan bahasa kebangsaan sendiri, memang boleh terkejut dibuatnya.

Itulah pengalaman yang dilalui oleh sepasang suami isteri dari Malaysia apabila tiba di Lapangan Terbang Fukuoka, Jepun.

Tanpa disangka, mereka ‘disergah’ oleh seorang lelaki Jepun yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

“Terkejut aku tiba-tiba dia faham aku tengah borak dengan isteri,” kata @harismohdghazali.

Lebih mengejutkan, lelaki Jepun yang menyapa mereka itu bukan sekadar boleh berbahasa Melayu asas, malah petah bercakap dengan gaya slang tempatan.

Pendek kata, kalau dengar suaranya saja, memang ramai boleh tersalah anggap dia orang kita.

“Yelah, takkan tak faham…” kata lelaki Jepun itu sambil tersipu.

Dalam perbualan itu, lelaki Jepun tersebut berkongsi bagaimana dia boleh begitu fasih berbahasa Melayu. Rupa-rupanya, isterinya berasal dari Ipoh, Perak.

“Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap Melayu ni.

“Tapi sebab dia kahwin dengan Malaysian. Sebab tu fluent. So nak fluent Japanese kena kahwin dengan…” seloroh @harismohdghazali.

Netizen pun terkejut, tumpang bangga

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan kebolehan lelaki Jepun itu menguasai bahasa Melayu dengan begitu baik.

“Masalahnya fasih bebenor. Kalau dengar suara je ingat orang kita.”

“Rasa bangga bila travel negara orang, jumpa mereka yang pandai berbahasa Malaysia.”

“Jarang dengar Japanese pandai cakap Melayu. Even yang kahwin orang Malaysia pun tak nak cakap bahasa kita.”

Tak kurang juga yang berseloroh:

“Kalau orang lain dia cakap bini dia orang Malaysia, tapi ni lagi specific orang Ipoh terus.”

“Mesti bini dia selalu membebel, sebab tu dia faham.”

“Mesti dia bangga boleh cakap Melayu dengan orang Melayu. Lepas tu balik cerita kat bini dia.”

“Ada harapanlah nak kahwin dengan lelaki Jepun ni.”

BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’

BACA: Video Lama Kanak-kanak 1966 Ramal Dunia Hari Ini, Jadi Sorotan

BACA: ‘Perangai’ Rakyat Malaysia Masa “Cake Picnic” Buat Netizen Luar Terkejut

Sumber: TikTok @harismohdghazali