Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Netizen Tertanya, Abang Ni Buka Cerita Lepas Muka Asyik Masuk TV Masa Final Takraw

Muka Asyik Masuk TV
Kredit: Saido Ayimu

Sejarah tercipta dalam arena sukan tanah air apabila skuad sepak takraw lelaki negara meraih pingat emas acara regu berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.

Kemenangan itu cukup bermakna selepas Malaysia menamatkan penantian selama 36 tahun untuk meraih emas dalam acara berkenaan.

Skuad negara menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Paloma Mizuho Arena.

Muka Asyik Masuk TV

Namun, di sebalik debaran dan suasana sengit perlawanan, gelagat seorang penyokong Malaysia turut mencuri perhatian apabila wajahnya beberapa kali muncul dalam siaran langsung.

Mungkin kerana sorakannya yang begitu bersemangat, wajahnya beberapa kali menjadi fokus kamera sepanjang perlawanan berlangsung.

Menjengah ke akaun TikTok lelaki itu yang dikenali sebagai Saido Ayimu, dia turut berkongsi detik ketika menyaksikan kemenangan bersejarah skuad negara itu.

Menerusi video berkenaan, Saido dilihat tidak henti-henti bersorak memberikan semangat kepada para pemain negara.

Gelagatnya itu turut disedari ramai apabila ruangan komen dipenuhi netizen yang berkata beberapa kali melihat wajahnya muncul dalam siaran langsung.

“Banyak tertangkap kamera muka tadi bang”

“Saya nampak abang ni kat live tadi”

“Terima kasih tuan kerana membawa semangat penyokong seluruh Malaysia ke stadium. Saya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini, akhirnya sudah jumpa jawapan di sini”

“Berapa kali nampk muka abang ni kat tv... mungkin abang ni sorak kuat sangat sampi kamera fokus”

“Terima kasih bang mewakili rakyat Malaysia yang lain untuk menyokong mereka di sana...”

Saido yang merupakan pelajar sarjana di Mie University, Jepun berkata dia sendiri tidak menyangka akan begitu bersemangat apabila berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut di depan mata.

“Kita all out habis suara walaupun Isnin ni ada persidangan. Cuma nak ingatkan pemain yang seluruh Malaysia ada di belakang dorang,” katanya kepada Siakap Keli.

Selain melanjutkan pengajian di Jepun, Saido turut bertugas sebagai sukarelawan pada temasya berkenaan sebagai TEC-IT Engineer Assistant.

Saido juga terkenal di platform itu dengan kandungan video yang memaparkan gaya hidup sihat.

Intipati
  • Skuad sepak takraw lelaki negara meraih emas regu berpasukan selepas menewaskan Thailand 2-0.
  • Wajah penyokong Malaysia, Saido Ayimu, beberapa kali muncul dalam siaran langsung perlawanan akhir.
  • Saido ialah pelajar sarjana Mie University dan sukarelawan temasya sebagai TEC-IT Engineer Assistant.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan