Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,985 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 2,985 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 144,518 kes secara keseluruhan.
Status Terkini #COVID19, 13 Januari 2021
Kes sembuh=994
Jumlah kes sembuh=111,578kes
Kes baharu positif=2,985 kes (2,983 tempatan, 2 import)
Jumlah positif=144,518
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=563 kes
Kes dirawat di ICU=197 kes
Bantuan Alat Pernafasan=79 kes pic.twitter.com/4gb6isf7tN— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 13, 2021
Daripada 2,985 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 2,983 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 32,377 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 197 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 994 kes. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 111,578 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 563 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.
Selangor mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 837 kes diikuti dengan negeri Johor dengan 535 kes.
Pecahan kes baharu (2,985)
Selangor
114 kluster sedia ada
197 kluster baharu (Taman Integrasi & Jalan Ijuk)
294 saringan kontak rapat
232 lain-lain saringan pic.twitter.com/M221VJ4Mmw— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 13, 2021
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia