Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Perempuan 19 Tahun Mempunyai Latar Belakang Penyakit Anemia Antara 4 Kes Kematian COVID-19 Hari Ini

Putrajaya, 13 Jan – Remaja perempuan 19 tahun yang mempunyai sejarah penyakit anemia menjadi salah seorang korban COVID-19 hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), korban yang merupakan kes ke-138,626 itu merupakan kematian ke-563 COVID-19 sehingga kini. Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Papar, lapor KKM.

Sementara itu, kematian ke-560 melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun di Kota Kinabalu yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth sebelum meninggal dunia.

Kes kematian ke-561 pula melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung dan gout. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.

Kematian ke-562 juga melibatkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai sejarah penyakit. Jenazah pesakit berusia 62 tahun yang mempunyai penyakit asma dan pulmonary tuberculosis itu telah dibawa ke Hospital Tawau.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber: KKM

Malaysia Lakar Sejarah Penting, Visi Putrajaya 2040 Dapat Kata Sepakat Pemimpin Negara Asia Pasifik

Posted by Siakap Keli on Thursday, December 24, 2020

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.