Gelagat Abang APM Gigih Selamatkan Kucing Terperangkap Belakang Mesin ATM
Tidak dinafikan, kucing merupakan yang haiwan penuh dengan seribu satu ragam. Si bulus ini juga merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dibela oleh orang ramai.
Setiap daripada kita pastinya sudah ‘masak’ dengan kenakalan si bulus ini, ada saja karenahnya di luar kotak pemikiran kita.
Bahkan kadangkala karenahnya membuatkan orang di sekeliling tak senang duduk dibuatnya.
Itulah situasi yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @nur.asmida.azira, memaparkan seekor kucing yang terperangkap di bahagian belakang sebuah mesin ATM Bank Muamalat sehingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Satu Van APM Datang Nak Selamatkan Si Bulus
Bahkan, hidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga diperlukan bagi mengeluarkan kucing berkenaan.
Lebih menghiburkan, kegigihan abang APM yang terpaksa berhempas pulas memanjat masuk hampir separuh badannya ke celah di bahagian atas mesin itu, semata-mata membawa keluar haiwan berkenaan.
“Pov: Demi menyelamatkan Satu Nyawa,” tulis dalam klip berkenaan.
Momen itu, disaksikan oleh ramai orang yang berada di lokasi berkenaan.
Selepas pelbagai cara dilakukan, akhirnya kucing berkenaan berjaya dibawa keluar dari bahagian belakang mesin itu.
Sumber: