Siakap Keli
Gambar : Animalsworld

(Video) Reaksi Kucing Seakan Tergamam Apabila Tikus Sebesar Badannya Muncul

Kucing dan tikus sememangnya adalah musuh yang sering berbalah seperti contoh di dalam filem animasi Tom and Jerry yang kita tonton. Namun lain pula dengan satu video kiriman @AnimalsWorld di Twitter, tikus mempunyai saiz badan yang hampir sama dengan kucing.

Dalam video itu, terlihat seekor kucing yang sedang santai berbaring merehatkan dirinya didatangi seekor tikus. Kucing yang menyedari kakinya disentuh oleh tikus itu lantas mendongakkan kepala untuk melihat,  ia seakan terkejut  dan pelik apabila melihat musuhnya itu mempunyai saiz badan yang hampir sama dengannya.

Tikus itu terus beredar dari situ dan kucing tersebut dilihat masih terpinga-pinga melihat ‘musuhnya’ itu mempunyai saiz yang besar sama sepertinya.

Rakaman tersebut menjadi perhatian ramai apabila dimuat naik di laman Twitter. Sehingga kini, hampir 200 ribu tontonan dicatatkan dengan 640 perkongsian.

Sumber : AnimalsWorld

Aziezzan