Siakap Keli
Gambar : Google

Bahaya Jika Tidur Berlebihan, 7 Kesan Ini Boleh Menyebabkan Masalah Kesihatan

Perkara yang paling disukai ramai apabila tibanya waktu rehat atau tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang perlu dilakukan adalah tidur. Tidur sememangnya perkara yang menyeronokkan namun ia memberi risiko yang berbahaya jika ianya berlebihan.

Tidur pada waktu malam adalah baik untuk merehatkan minda dan kesihatan pada keesokan hari. Pun begitu, individu yang cenderung tidur malam atau siang secara berlebihan dikatakan boleh mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes dan risiko berlakunya kematian.

Waktu tidur seseorang bergantung kepada faktor yang berbeza-beza. Mungkin orang yang mengalami kesakitan memerlukan tidur yang yang agak lama kerana bergantung kepada ubat yang mengantuk. Pakar kesihatan mengsyorkan supaya individu dewasa tidur antara tempoh 7 hingga 9 jam setiap malam.

Pelbagai kesan yang berlaku sekiranya individu terlebih tidur. Berikut merupakah 7 masalah kesihatan yang berlaku jika terlalu banyak tidur:

(1) Diabetes

Satu kajian telah dijalankan dan mendapati tidur yang berlebihan atau kurang waktu tidur boleh meningkatkan risiko diabetes.

(2) Obesiti

Tidur secara berlebihan atau kurang tidur boleh menyebabkan kenaikan badan. Perkara ini dibuktikan dalam kajian bahawa individu tidur selama 9 atau 10 jam setiap malam adalah 21% lebih cenderung menjadi gemuk dalam tempoh 6 tahun berbanding mereka yang lena antara 7 dan 8 jam.

(3) Sakit kepala

Bagi individu yang sering tidur berpanjangan, ia cenderung untuk sakit kepala. Hal ini kerana badan dan otak mereka tidak melakukan apa-apa sehingga menyebabkan seluruh anggota badan lesu termasuk bahagian kepala.

Selain itu, Individu yang tidur banyak pada waktu siang dan menjejaskan tidur malam juga akan cenderung mengalami sakit kepala pada waktu pagi.

Gambar: Google

(4) Sakit belakang

Ramai mengeluh selepas tidur berlebihan akan mengalami sakit belakang. Ini kerana anda kurang melakukan sebarang aktiviti kecergasan fizikal dan menyebabkan badan sering sakit.

Sakit belakang yang dialami oleh seseorang individu disebabkan tidur berlebihan mungkin boleh dirawat dengan mengekalkan aktiviti kecerdasan secara berkala.

Gambar: Google

(5) Kemurungan

Kajian mendapati sebanyak 15%  mereka yang mengalami kemurungan disebabkan tidur yang berlebihan. Individu yang mengalami kemurungan perlu kawal tidur dengan baik supaya dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal yang baik serta dijauhkan dari kemurungan.

Gambar: Google

(6) Sakit jantung

Pengkaji tidak dapat kenal pasti hubungan antara tidur yang banyak dengan masalah kesihatan jantung, namun mereka yang tidur selama 9 hingga 11 jam setiap malam berisiko untuk mengalami sakit jantung.

(7) Kematian

Satu kajian yang dilakukan bahawa individu tidur 9 atau lebih setiap malam mempunyai kadar kematian tinggi berbanding mereka yang melelapkan mata untuk 7 hingga 8 jam. Hal ini mungkin disebabkan mereka yang tidur agak lama tidak dapat mengawal pernafasan mereka kerana waktu tidur seluruh sistem badan tidak dapat dikawal sepenuhnya.

Kesimpulan

Sekiranya anda memerlukan rehat yang secukupya, tidak perlu tidur yang berlebihan antara 9 hingga 11 jam. Ini akan menyebabkan anda berisiko untuk didatangi dengan pelbagai masalah kesihatan.

Walaubagaimanapun, sentiasa amalkan waktu tidur yang baik antara 6 hingga 8 jam supaya dapat mengekalkan kesihatan badan yang baik dan sihat sekaligus mengembalikan tenaga anda selepas seharian bekerja.

Sumber: Hellodoktor