Siakap Keli
Gambar : hawkinsfamilydental.com

“Boleh Ka Diselamatkan Semula?,” KKM Kongsi 6 Langkah Perlu Buat Jika Gigi Kekal Tercabut Impak Kemalangan

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sering disebut sekiranya sesuatu buruk menimpa diri seseorang. Sama juga seperti kemalangan jalan raya, impak yang teruk mungkin akan menyebabkan anggota badan tidak berfungsi seperti sedia kala ataupun terpaksa dibuang. Bagaimana pula dengan gigi kekal yang tercabut?

Menerusi laman Twitter, KKM ada kongsikan langkah yang boleh anda lakukan sekiranya gigi kekal tercabut impak dari kemalangan. Berikut langkahnya,

1. Bertenang dan cari gigi yang avulsi.
2. Pegang bahagian korona gigi. Elakkan memegang bahagian akar gigi.
3. Lalukan gigi di bawah air sejuk yang mengalir selama <saat.
4. Masukkan gigi yang avulsi ke dalam soket semula. Jika berjaya, gigit kain bersih dengan kuat.
5. Jika tidak berjaya, simpan gigi dalam medium seperti air susu/saline/air liur sendiri. Elakkan menyimpan dalam air.
6. Bawa gigi dengan segera ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia