Siakap Keli
Gambar Via BBC

Dipercayai Lebih Berjangkit, Strain COVID-19 Baharu Dilapor Ditemui Pula Di Brazil

Strain COVID-19 baharu yang didakwa lebih berjangkit dilaporkan telah dikesan setelah bermutasi di Brazil, lapor Daily Mail.

Varian COVID yang bermutasi itu ditemui di Tokyo, Jepun, minggu lalu dalam empat individu yang pulang dari Amerika Selatan.

Para saintis berkata bahawa strain itu mempunyai persamaan dengan varian yang mudah menular yang terdapat di England dan Afrika Selatan.

Ia mempunyai genetik yang disebut sebagai N501Y yang boleh mengubah bentuk protein lonjakan yang terdapat di bahagian luar virus.

Mutasi tersebut menjadikan COVID lebih mampu ‘memasukkan’ reseptor di dalam tubuh yang disasarkan.

Namun, tidak ada bukti bahawa mutasi ini akan menjadikan virus lebih ‘mematikan’.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai varian minggu lalu mengatakan bahawa varian tersebut dikenal pasti ketika penjujukan genom keseluruhan dilakukan pada sampel dari empat orang pelancong dari Brazil yang diuji di lapangan terbang.

“Melalui pejabat serantau kami, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa Jepun dan Brazil untuk menilai kepentingan penemuan ini,” kata pertubuhan itu.

Menurut Mirror, penemuan strain baharu itu juga memberi kebimbangan kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK), Borris Johnson.

Beliau mengatakan bahawa kerajaannya sedang mengambil langkah untuk mencegah strain dari Brazil itu tiba di UK.

“Kami sudah mempunyai langkah-langkah pencegahan untuk melindungi negara ini dari jangkitan baharu,” katanya.

Tambahnya lagi, banyak pertanyaan yang masih belum terjawab termasuk ketahanan strain tersebut terhadap vaksin.

Sumber: Daily Mail, Mirror

Sofea

There's always another side to every story