Siakap Keli
Gambar Via Japan Times

Strain Baharu COVID-19 Dilapor Ditemui Di Jepun, Dipercayai Mirip Dengan Strain Di UK & Afrika Selatan

Institut Penyakit Berjangkit Nasional Jepun mengatakan bahawa pihak berkuasa telah menemui strain COVID-19 baharu dalam empat penumpang yang tiba dari Brazil.

Menurut Bloomberg, varian baharu itu didakwa mempunyai persamaan dengan strain virus yang terdapat di UK dan Afrika Selatan.

Maklumat mengenai varian baharu ini hanya diketahui pada susunan genetiknya sahaja dan sukar untuk segera menentukan seberapa luasnya ia mula menular atau keberkesanan vaksin semasa melawannya.

Dalam kenyataan yang berasingan, Kementerian Kesihatan Jepun mengatakan bahawa empat penumpang yang tiba di lapangan terbang Haned Jepun dari Brazil pada 2 Januari, mereka kemudian didiagnosis dengan varian virus.

Seorang lelaki berusia 40 tahun yang tidak bergejala semasa tiba telah dimasukkan ke hospital kerana sistem pernafasannya bertambah buruk.

Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Sumber Manusia Jepun telah melaporkan penemuan baharu itu kepada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Jepun telah merekodkan lebih daripada 270,000 kes COVID-19 termasuk lebih dari 3,900 kematian.

Sumber: Bloomberg, Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story