Siakap Keli

(Video) “Asyik Ada Masalah Dengan Burung Je,” Lelaki ‘Pulun’ Ajar Isteri ‘Orang Putih’ Cakap Bahasa Melayu, Bikin Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesuatu yang amat harus dibanggakan apabila seorang rakyat Malaysia yang berkahwin dengan ‘mat saleh’, dia bersungguh-sungguh mengajar pasangannya tentang Bahasa Melayu.

Itulah yang diusahakan pasangan unik ini apabila Kumaar, anak jati Klang, Selangor yang berkahwin dengan ‘orang putih’ dan kini menetap di Amerika Syarikat (US) atas urusan kerja di sana.

Walaupun tinggal di negara ‘Uncle Sam’, berpasangan dan berjiran dengan ‘mat-minah saleh’, tapi Kumaar tidak segan untuk membawa budaya dan bahasa ibundanya ke sana.

Kisah Kumaar mengajar isterinya, Rachel bercakap dalam Bahasa Melayu menjadi perhatian ramai, dia sering berkongsi videonya ke laman Twitter peribadinya, @kumaarfamily.

Terbaharu, Kumaar berkongsi video pendek ketika dia mengajarkan isterinya berbual beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu.

Kali ini sesuatu yang menghiburkan dirinya berlaku apabila dia mendakwa isterinya masih ada ‘masalah dengan perkataan ‘burung’.

Jom tonton video ini.

Bagi video penuh, anda boleh tontonnya di sini.

Teruja dengan kegigihan Kumaar yang membudayakan bahasa ibunda di negara orang walaupun dia sendiri berdarah India, ramai warganet menzahirkan rasa kagum terhadapnya.

Ada juga yang memberi cadangan kepada Kumaar agar mengajar isterinya memakai pakaian tradisi pula.

Semoga mereka sekeluarga mampu mengamalikan Bahasa Melayu dengan lancar dan sempurna satu hari nanti.

Pasti ramai orang Malaysia tidak sabar menantikan kepulangan Kumaar, isteri dan anak-anak ke tanah air dan bergambar bersama.

Tahniah Kumaar atas jasa anda membudayakan bahasa ibunda kita di tanah perantauan.

Sumber: Kumaar Family

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'