Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Wanita Ini Dipercayai Mabuk Ditahan Selepas Mendaki 91 Anak Tangga Piramid Untuk Menyimpan Abu Mayat Suaminya

Seorang wanita dipercayai sedang mabuk ditahan kerana mendaki piramid pruba Mayan di Chicken Itza, Mexico pada 3 Januari yang lalu, lapor media tempatan. Kejadian tersebut mencetus kekecohan kerana wanita tersebut dengan berani mendaki 91 anak tangga piramid di hadapan sekumpulan pelancong lain.

Pelancong yang melihat tindakan wanita itu tidak melepaskan peluang dengan merakam sehingga rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial.

Kakitangan Institusi Antropologi dan Sejarah Nasional mendakwa bahawa wanita itu tidak sedar diri dek kerana mabuk. Hal ini, pihak polis dilaporkan menahan wanita berkenaan dan menempatkannya dalam jagaan polis perbandaran bagi siasatan lanjut.

Menurut laporan, wanita itu dipercayai mabuk dan mendakwa menaiki piramid untuk menunaikan janji suaminya untuk menyimpan abu mayatnya di sana. Dalam satu kenyataan, wnaita itu menafikan dakwaan dirinya membuang abu mayat atau objek lain ke dalam pyramid tersebut.

Bagaimanapun, tindakan mendaki piramid dibenarkan hingga tahun 2006 kerana terdapat seorang wanita yang dilaporkan maut akibat terjatuh.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia