Siakap Keli

8 Tanaman Herba Yang Mampu Membersihkan Dan Mewangikan Rumah

Herba merupakan tanaman atau tumbuhan yang memiliki nilai lebih dalam pengubatan, dan barangkali anda salah satu orang yang menanamnya di rumah tanpa disedari. Anda mungkin sudah tahu bahawa tanaman herbal memiliki banyak manfaat baik untuk kesihatan manusia, lebih-lebih lagi, beberapa jenis ramuan pada awal pandemik Covid-19 sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan imuniti. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak tahu bahawa beberapa ramuan juga boleh berfungsi selain sebagai ubat-ubatan atau bahan memasak.

Ketika tanaman herba  dijadikan minyak essensial, itu boleh menjadi bahan pembersih semula jadi di rumah yang boleh dipercayai dan bebas kimia. Dipetik dari beberapa sumber, berikut ini ada 8 minyak esenssial dari bahan herba yang boleh menjadi bahan pembersih yang dapat membuat rumah anda tetap berkilau dan harum, di ambil dari beberapa sumber.

1. Mint

Selain memiliki aroma yang segar dan bersih, minyak peppermint merupakan racun perosak semula jadi. Campurkan setengah sudu teh minyak peppermint dengan air perahan lemon dan air, sekarang anda telah mempunyai pembersih kaca semula jadi yang wangi yang akan mencegah lalat, semut, dan serangga lainnya memasuki rumah melalui tingkap.

2. Lavender

Lavender bertindak sebagai pembasmi kuman dan wangian. Campurkan 10 hingga 12 titik minyak lavender dengan baking soda untuk membuat serbuk permaidani yang akan membuat permaidani berbau segar, membuat anda merasa tenang dan santai.

3. Eucalyptus atau kayu putih

Minyak kayu putih memiliki sifat antivirus dan antibakteria. Gabungkan minyak kayu putih dengan minyak poko teh dalam sebotol air untuk membuat semburan pembersih bilik mandi anda, masing-masing 5-6 titik sudah cukup. Kemudian gunakan 2 minyak itu untuk mengelap shower, sinki dan meja dapur untuk permukaan yang segar dan bersih setiap hari.

4. Cengkih

Selain cuka, cengkih juga berfungsi sebagai antijkulat dan antiseptik, sehingga menjadikannya pilihan yang baik untuk melawan kulat.   Campurkan setengah sudu teh minyak cengkih 100 peratus  ke dalam satu liter air dan masukkan ke dalam botol semburan. Semburkan larutan pada jubin grout dan diamkan selama beberapa jam, lalu bersihkan, gosok bahagian yang degil dengan berus. Semburkan sedikit lagi pada area tersebut dan biarkan mengering untuk mencegah kulat datang kembali.

5. Oregano

Minyak oregano adalah antimikrob yang mlah dapat membunuh norovirus sebelum masuk ke dalam badan. Meskipun tidak seberkesan pemutih, minyak oregano tidak beracun dan tidak memiliki asap yang berbahaya. Anda boleh menggunakan minyak oregano sebagai pengganti pemutih pada ketika kamu mencampurkan detergen buatan sendiri.

6. Daun salam

Daun salam menambahkan rasa yang luar biasa pada beberapa masakan, tetapi juga boleh menghalau makhluk berkaki enam. Untuk mencegah ngengat dan serangga lainnya masuk ke dalam dapur, letakkan daun salam kering di rak atau almari dapur. Boleh juga, jika kamu memiliki tanaman bay laurel di rumah, potong setangkai dan gantung pada pintu rak atau almari dapur.

7. Rosemary

Pilih sedikit rosemary dari kebun herba yang anda miliki untuk membuat semburan pembersih serbaguna semula jadi. Masukkan kulit limau dan tangkai rosemary ke dalam bekas berisi cuka putih, diamkan selama 2-4 minggu, lalu tapis. Campur larutan itu dengan air dengan sukatan yang sama, dan simpan di dalam botol spray. Sifat pembasmi kuman rosemary akan membantu menjaga permukaan benda dan material di rumah tidak hanya bersih tetapi juga wangi.

8. Thyme

Thyme memiliki sifat antimikrob yang menjadikan tambahan yang bagus untuk spray pembersih dapur. Tambahkan kulit lemon untuk menambah sedikit kekuatan ekstra pada pembersih dan benar-benar akan membuat dapur anda harum. Campurkan 2 cawan thyme dengan 1 buah lemon yang diperah ke dalam bekas. Setelah itu tambahkan 3 cawan cuka suling dan kacau. Biarkan campuran tersebut selama 24-48 jam. Tapis dan tambahkan sabun, setelah itu masukkan ke dalam botol spray.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.