Siakap Keli

Cikgu Ini Ajar Contoh Ayat Bahasa Inggeris ‘Basic vs Advance’ Untuk Lebih Mudah Faham

Penggunaan bahasa Inggeris sangat penting untuk kita semua kuasainya pada hari ini. Ya, penggunaan bahasa Inggeris yang bagus bukan sahaja membantu kita untuk memudahkan pelbagai urusan malah ia menjadi satu kriteria utama dalam alam kerjaya.

Tidak dinafikan pembelajaran zaman ini kian mencabar, tambah-tambah lagi negara telah berlawan dengan pandemik Covid-19. Banyak sekolah terpaksa ditutup dan menjalankan pembelajaran melalui atas talian.

Pun begitu, guru-guru semestinya kreatif untuk memberi satu kelaian kepada murid. Seperti guru bahasa Inggeris ini yang dikenali sebagai Sir Danial mengambil inisiatif  berkongsi video pendeknya menerusi laman TikTok mengajar tentang penggunaan bahasa Inggeris.

Penerangannya cukup jelas dan mudah difahami. Dalam video kali ini, dia mengajar tentang penggunaan bahasa Inggeris untuk memudahkan korang semua membuat karangan di dalam bahasa ini.

@danialtsu

New series with @sabrinasabbyyy 🥳 #learnontiktok #tiktokguru #gurugottalent #sirdanny #english

♬ Sir Danny Encem – Danial Tsu

Best kan, bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Di mana jua kita berada, belajarlah untuk mendapat ilmu baru, tak rugi.

 

Sumber: Tiktok Danialtsu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang