Siakap Keli

9 Cara Mengatasi Masalah Nyamuk Yang Menggangu Kehidupan Harian

Nyamuk merupakan serangga yang sangat menjengkelkan bukan hanya kerana mengganggu, tetapi membuat kulit kita gatal-gatal. Sudah banyak cara yang mungkin kita lakukan untuk berusaha menghalau nyamuk dan mungkin tidak berhasil. Jangan khawatir, Cubalah beberapa hal berikut ini yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dengan mudah.

1. Kipas angin

Ketika kita duduk di luar pada cuaca yang panas dan tanpa angin, bawa kipas angin ke luar dan nyalakan dengan tekanan tinggi. Dengan menggunakan benda ini, kita boleh menghalau nyamuk yang menjengkelkan. “Nyamuk adalah serangga yang lemah dan benci dengan angin dari kipas angin yang kuat.” Demikian yang dikatakan oleh Michael Bentley, PhD, seorang ahli entomologi, sekaligus pengarah pelatihan dan pendidikan untuk National Pest Management Association di Fairfax, Virginia.

2. Ubat penghalau nyamuk

Beberapa ubat penghalau nyamuk mengandungi picaridin. Picaridin merupakan sebatian sintetis yang dikembangkan dari ekstrak tanaman, yang masih satu family dengan lada. Picaridin telah tersedia di Eropah dan Australia, tetapi disetujui untuk dijual di Amerika Syarikat hanya pada tahun 2005. “ubat penghalau nyamuk ini sedikit lebih efektif daripada DEET dan kesannya berkesan pada nyamuk meskipun dengan jarak yang lebih jauh,” jelasnya. Sementara itu, DEET tidak menghentikan nyamuk yang hinggap pada kulit kita. “Tetapi nyamuk akan menghindari picaridin, sehingga kecil kemungkinan nyamuk akan mengganggu kita,” ujar dia.

3. Pakaian yang longgar

Pertahanan terbaik melawan nyamuk adalah memastikan mereka tidak boleh sampai ke bahagian kulit kita. Namun, hanya menutupinya saja tidak cukup baik kerana nyamuk boleh menembus melalui pakaian untuk menghisap darah. Oleh itu Dr Bentley menyarankan kita untuk mengenakan kemeja dan seluar baggy yang tidak melekat pada kulit. Biarkan nyamuk-nyamuk itu menggigit udara dan bukan kulit kita.

4. Teetotaler

Nyamuk suka bersenang-senang seperti manusia, itulah sebabnya penelitian menunjukkan bahawa nyamuk sering menyasarkan teetotaler. Teetotaler merupakan istilah bagi orang-orang yang sangat suka minum bir atau minuman beralkohol. Nyamuk juga tertarik pada kulit basah dan berkeringat kerana minuman keras cenderung membuat kulit orang lebih panas.

5. Pakaian yang berwarna pucat

Selain pakaian yang longgar, nyamuk ternyata juga tidak suka pada pakaian-pakaian yang berwarna pucat. Nyamuk dikenali sebagai kaum hipsternya dunia serangga dan sangat tertarik pada pakaian gelap. “Kenakan pakaian putih dan pucat, maka nyamuk akan mengubah belalainya saat melihat kita,” kata dr Bentley.

6. Limau

Serai, kemangi, dan rosemary adalah rempah-rempah yang tidak disukai oleh nyamuk. Di samping itu, menurut dr Bentley, nyamuk juga membenci setiap tanaman dalam keluarga limau. Tanaman yang benar-benar tidak disukai nyamuk salah satunya adalah lantana, yang memiliki bau pahit dan masam. Sebuah kajian oleh jurnal sains PLOS One meneliti sebanyak 231 keluarga di Tanzania yang menanam tanaman lantana, sementara 90 keluarga lainnya tidak. Pada akhir penelitian, terdapat 50 peratus lebih sedikit nyamuk di rumah-rumah yang ditumbuhi lantana.

7. Asap

Asap adalah cara yang paling banyak digunakan untuk menghalau nyamuk yang digunakan di daerah kawasan luar bandar tropika.  Di kawasan luar bandar, banyak penduduk menggunakan kelambu tempat tidur dan asap daun yang berasal dari tembakau untuk menghalau nyamuk. Kendatipun demikian, dr Bentley menyarankan beberapa asap dari aromaterapi herbal seperti lavender, mint, lemon, sage dan serai untuk menjauhkan nyamuk.

8. Minyak essensial lemon eucalyptus

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan, minyak essensial lemon eucalyptus sebagai penghalau nyamuk. Sebuah kajian dari New Mexico State University menemukan, bahawa minyak ini efektif menjauhkan nyamuk. Bahkan, minyak essensial lemon eucalyptus dapat bekerja sebagai produk yang mengandungi DEET.

9. Tempat yang bersih

Nyamuk memang sangat suka dengan genangan air yang sudah lama ditinggalkan, tetapi nyamuk juga suka berada di tempat yang kering, apalagi berselerak. Cuba lihat sekeliling halaman dan bersihkan barang-barang yang tidak terpakai. Sama ada longgokan sampah atau air yang bertakung. Nyamuk bertelur di dalam air, tetapi nyamuk juga akan datang ke  dalam kadbod kosong atau barang di dalam gudang. namun nyamuk jarang ditemukan di tempat yang bersih dan terang. Oleh itu susunlah barang-barang agar tidak menjadi sarang nyamuk.

Sumber- The healthy

Faiz Mustafa