Siakap Keli

COVID-19: Angka Korban Lepasi 2 Juta, Jumlah Keseluruhan Kes Global Hampiri 100 Juta

Pandemik COVID-19 kini semakin meruncing dengan peningkatan kes positif dan kematian pada setiap hari.

Bukan sahaja di Malaysia, malah graf peningkatan ini berlaku di seluruh dunia.

Menurut data dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini sebanyak 96,103,144 manakala kes kematian pula adalah sebanyak 2,054,270.

Amerika Syarikat mencatatkan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 24,233,759 kes diikuti oleh India dengan 10,581,823 kes dan Brazil dengan 8,573,864 kes.

Angka kematian pula memperlihatkan kes yang tertinggi dicatatkan di Amerika Syarikat dengan 401,362 kes diikuti Brazil dengan 211,491 kes manakala India pula mencatatkan sebanyak 152, 556 kes.

Malaysia pula kini mencatatkan sebanyak 165,371 kes positif dengan pertambahan kes baharu semalam sebanyak 3,631 kes.

Menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan,  jumlah kumulatif kes sembuh pula adalah sebanyak 125,288 kes.

Sumber: Johns Hopkins University

Sofea

There's always another side to every story