Siakap Keli
Gambar: @milaalwiyah

(Video) Gadis ‘Kelam-Kabut’ Nampak Ada Lagi 3 Orang Pakai ‘Cardigan’ Sama Di Tempat Yang Sama

Siapa je yang tak malu kalau nampak pakaian yang kita pakai ‘sebijik’ dengan orang lain.

Lebih-lebih lagi jika yang perasan itu adalah kawan kita. Walaupun kita cuba untuk berdiam dan sembunyikan berkenaan perkara itu, kawan kita pastinya akan mengusik dan secara tidak langsung akan membuatkan kita rasa nak tukar pakaian tersebut kerana segan.

Percaya atau tidak, hal itu telah terjadi kepada seorang gadis ini. Menerusi satu video lucu yang dimuat naik di TikTok melalui akaun @milaalawiyah, ketika dia sedang melepak bersama rakannya di sebuah kafe, dia telah ternampak 3 orang yang memakai cardigan yang sama warna dan sama design di dalam satu tempat yang sama.

Perkara tersebut telah membuatkan dia berasa malu lalu memutuskan untuk menanggalkan cardigan yang dipakainya itu dan berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Video lucu itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 7 juta kali.

@milaalawiyah

Ini pas di mercusuar cafe, malu woi 🤣 kalo km orangnya duetin wkwk #fyp #bandung #bajusama

♬ terimakasih emak terimakasi abah – tir

Sumber: @milaalawiyah (tiktok)

Aqmal Ezany

I write what is right