Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita menyebabkan ramai yang terkesan dari segi pendapatan. Peniaga kecil-kecilan terutamanya terjejas teruk apabila hasil jualan merosot dengan teruk.
Menerusi perkongsian oleh Twitter SenawangTV, kegigihan seorang warga emas yang menjual dadih dalam keadaan berpanas di bawah pokok menyentuh hati ramai.
Dia yang menggunakan payung biasa di tepi motosikal, sabar menanti kehadiran pembeli yang tak kunjung tiba. Kami doakan semoga ada rezeki pak cik dalam mencari rezeki yang halal. Amin!
Rata-rata warganet yang pernah menyokong jualan dadih pak cik ini turut mengakui kesedapan dadih yang dijual beliau. Malah, ramai yang tersentuh kerana warga emas ini tetap gigih mencari rezeki yang halal walau sudah berada di usia senja.




Sumber: Twitter @SenawangTV