Siakap Keli
Gambar: CGTN

(Video) “Sekali Dalam 10 Juta,” Rakaman Cemas Api Sambar Kereta Di Stesen Minyak Dipercayai Akibat Cas Elektrostatik

Seorang pelanggan stesen minyak di Hubei, China berhadapan detik cemas apabila secara tiba-tiba kenderaannya disambar api.

Dalam kejadian pada 19 Januari lalu, pelanggan itu dilihat ingin menyentuh pam minyak pada keretanya sebelum secara tiba-tiba api menyambar dengan marak.

Respon pantas pekerja stesen berkenaan sempat menghentikan kebakaran itu menggunakan pemadam api. Lapor CGTN, kejadian dipercayai berpunca daripada cas elektrostatik yang terhasil apabila pemandu menyentuh nozzle berkenaan.

Kebarangkalian kejadian seperti ini berlaku adalah satu dalam 10 juta, tulis CGTN. Video detik kejadian berlaku telah dikongsikan di laman Twitter mereka.

Sumber: CGTN

Amira

Love yourself.