Siakap Keli
Gambar : Dailymail

Wanita 76 Tahun Jadi Perhatian, Naik Skuter Mainan Pulang Ke Rumah, Dipercayai Tak Boleh Jalan Kerana Sakit Kaki

Satu rakaman mengenai seorang wanita tua di China yang menunggang skuter mainan di jalan utama telah viral di media sosial.

Penjaga taman permainan berusia 76 tahun itu dilihat dengan santai mengayuh basikal elektrik bentuk naga kartun di jalan bandar Suzhou di timur China.

Penunggang warga emas yang dikenali sebagai Cik Hou, memberitahu kepada pihak polis bahawa dia pulang ke rumah dengan kenderaan mainan tersebut dari tempat kerja kerana dia menderita sakit kaki dan tidak dapat berjalan dengan baik.

Gambar : Dailymail

Wanita tua itu dilihat sedang duduk di atas skuter elektrik mainan di jalanraya pada waktu malam, nampak seperti sedang menikmati perjalanannya yang menarik. 

Gambar : Dailymail

Pihak polis kemudian mengesan wanita itu. Cik Hou memberitahu pihak polis bahawa dia telah bekerja sebagai penjaga taman permainan di sebuah taman yang menyewakan kereta mainan dan mengalami sakit kaki selama bertahun-tahun, dia biasanya dijemput pulang oleh anaknya setelah habis bekerja

Gambar : Dailymail

Tetapi keluarga cik Hou dikatakan terlalu sibuk akhir-akhir ini untuk menjemputnya pulang bekerja. Dia kemudian memutuskan untuk menaiki skuter mainan dari tempat kerja bersendirian kerana perjalanan yang tidak jauh dan jalan raya lebih kosong pada waktu malam.

Klip itu dengan pantas menarik perhatian di internet.  Walaupun ramai pengguna media sosial merasakan ianya sebuah adegan yang lucu, namun ada juga menyatakan keprihatinan mereka terhadap keselamatan Cik Hou.

Sumber : Dailymail

Aziezzan