Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Ini Pelitup Muka Bukan Pelitup Dagu,” Dr Noor Hisham Beri Peringatan Mengenai Pemakaian ‘Facemask’

Umum telah mengetahui bahawa pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam dan sesak telah diwajibkan ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia.

Disebabkan itu, sukar untuk kita ‘berenggang’ dengan pelitup muka kita. Ada juga situasi di mana hendak makan pun, pelitup muka itu tidak mahu ditanggalkan.

Sebaliknya, ianya akan diturunkan ke bahagian dagu kerana malas untuk menyimpannya atau membukanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya memberi peringatan berkaitan perbuatan itu yang tidak elok dan perlu dielakkan daripada melakukannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Peringatan kepada semua kalau nak pakai pelitup muka sila pakai dengan cara yang betul atau tidak pakai langsung.

Janganlah tarik turun pelitup muka sampai ke dagu. Ini pelitup muka bukan pelitup dagu.

Either you wear your mask properly or remove It completely.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

 

Aqmal Ezany

I write what is right