Siakap Keli
basuh baju pesakit covid-19
Kredit: Google

“Jangan Goncang Pakaian,” KKM Kongsikan Panduan Cuci Pakaian Pesakit COVID-19 Yang Kuarantin Di Rumah

Ahli keluarga atau penjaga pesakit COVID-19 di rumah perlu mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan ketika menguruskan pesakit bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan.

Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) telah berkongsi saranan ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan oleh pesakit ketika kuarantin di rumah.

Terdapat sembilan langkah yang perlu dipatuhi iaitu,

  1. Simpan pakaian atau linen di dalam beg plastik dan ditutup sehingga ia dibasuh.
  2. Jangan campur dengan pakaian ahli keluarga atau rakan serumah yang lain.
  3. Pakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan pakaian kotor.
  4. Jangan goncang pakaian dan linen kotor kerana virus boleh merebak ke udara.

  5. Gunakan air dan sabun pencuci pakaian biasa untuk membersihkan pakaian dan linen.
  6. Sebaik-baiknya, cuci pakaian dan linen dengan air panas 60°C sehingga 90°C. Jika cucian tangan, rendam pakaian di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mencuci.
  7. Buka sarung dangan dan cuci tangan menggunakan sabun selepas selesai mencuci.
  8. Keringkan pakaian dan linen di bawah sinar matahari.
  9. Cuci tangan selepas menyidai pakaian dan linen.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.