Khabib Nurmagomedov telah memuat naik satu pesanan ‘kejam’ kepada pesaing lamanya Conor McGregor susulan kekalahan mengejutkan ke atas Dustin Poirier di UFC 257. ‘The Diamond’ telah menewaskan lawannya pada pusingan kedua pada acara yang berlangsung di Fight Island, lapor Express.
Petarungan bagi divisyen lightweight itu langsung tidak kagum dengan McGregor dan menjelaskan sebab mengapa Conor McGregor tewas dalam perlawanan itu.
“Inilah yang terjadi apabila anda menukar pasukan anda, meninggalkan rakan sparring anda yang menjadikan anda juara dan kemudian bertarung dengan budak-budak, jauh daripada realiti.”
This is what happened, when you change your team, leave the sparring partners who made you a champion and sparring with little kids, far away from reality.
— khabib nurmagomedov (@TeamKhabib) January 24, 2021
McGregor dan Khabib kembali bertarung di UFC 229 pada Oktober 2018.
Khabib menang dengan submission dan pertarungan itu kemudiannya menjadi huru-hara sehingga mengakibatkan pergaduhan.
Petarung yang berusia 32 tahun itu difahamkan tidak merancang untuk kembali ke gelanggang Octagon dalam masa yang terdekat ini.
“Saya tidak ada perancangan untuk UFC dalam masa terdekat ini. Saya tidak memikirkan untuk membuat persiapan untuk kembali bertarung.”
Ketika ditanya mengenai komen terbaru Khabib pada sidang media UFC 257, Conor McGregor mencelah presiden UFC Dana White.
The Notorious dengan sahaja berkata: “Kami akan mendapatkannya.”
Ketika ditanya berkenaan kenyataan panas yang dimuat naik oleh Khabib, Conor telah menjawabnya pada sidang media selepas pertarungan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
"That's the character of the man."
Conor McGregor responds to Khabib Nurmagomedov. pic.twitter.com/KaCYywURdu
— UFC on BT Sport (@btsportufc) January 24, 2021
Sumber: Express
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020