Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19: Hari Ini Hari Keempat Berturut-turut Jumlah Kes Aktif Berkurang – KKM

Jumlah kes aktif harian dilapor semakin berkurangan buat empat hari berturut-turut termasuk hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan data tersebut menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Menurut data terkini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini ialah sebanyak 40,574 kes.

Ia mengalami penurunan dari hari ke hari dengan merekodkan 42,814 kes aktif pada 22 Jan (Jumaat), diikuti 42,769 kes aktif pada 23 Jan (Sabtu), 41,677 kes pada 24 Jan (Ahad kelmarin) dan 41,076 kes pada semalam.

Sementara itu, kes baharu pada hari ini pula mencatatkan sebanyak 3,585 kes termasuk dua kes import dari luar negara.

Manakala 4,076 kes sembuh dan 11 lagi kematian baharu turut dilaporkan.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'