Siakap Keli
Gambar via yuni.rusmini.58 (instagram)

(Video) Didakwa Terlalu Sibuk Main Telefon, Lelaki Tak Sedar Anak Jatuh Sungai Hingga Mati Lemas

Walaupun dunia kini semakin membangun dan semakin maju dengan adanya teknologi canggih seperti telefon bimbit, laptop dan sebagainya, ibu bapa haruslah peka dan mengawasi pergerakan anak mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun begitu, baru-baru ini terdapat sebuah rakaman video yang memaparkan mayat bayi lelaki yang hanyut di bawa air sungai. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jakarta Timur pada hari Jumaat yang lalu.

Menurut laporan, mangsa dikatakan berada di rumah bersama bapanya tatkala ibunya sedang bekerja. Hal ini, mangsa didakwa telah keluar dari kediaman ketika bapanya sedang ralit bermain telefon bimbit sebelum mayat mangsa di temui di sungai.

Oleh hal yang demikian, punca kejadian itu dipercayai ekoran sikap kecuaian si bapa yang sibuk dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar akan keberadaan anaknya.

Sikap dan perbuatan si bapa mengundang kecaman dan kemarahan para netizen di mana terdapat beberapa komen yang mengatakan telefon bimbit lebih penting dan utama berbanding dengan anak sendiri.

Sumber: yuni.rusmini.58 (Instagram)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia