Siakap Keli

Bjak Kasih: Mangsa Banjir Belum Pulih, Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Turut Serta Menyumbang

Seperti semua tahu beberapa negeri di Malaysia ketika ini dilanda bencana banjir kerana musim tengkujuh yang sering berlaku pada penghujung tahun. Pada 11 Januari yang lalu, Bjak.my berbesar hati melancarkan Tabung Bjak Kasih sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat di beberapa buah negeri termasuk Pahang, Kelantan dan Johor.

Syarikat teknologi berstatus MSC itu mengambil langkah berkenaan selepas melihat situasi bencana banjir yang agak teruk melanda ketika ini khususnya di Pahang dan Johor sehingga melibatkan ribuan mangsa dan terpaksa dipindahkan ke Pusat Perlindungan Sementara (PPS).

Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my, Amierul Nasier berkata, tabung derma ini menggalakkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Bjak.my sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Ini sangat perlu sebagai rakyat Malaysia untuk mengambil tanggungjawab ini serta rasa empati kepada mereka yang terlibat.

“Banjir pada kali ini teruk, sama seperti pada tahun 2014 lalu lebih-lebih lagi apabila ia telah meragut nyawa beberapa individu dalam sekelip mata. Ia sememangnya memilukan apatah lagi kini kita juga sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kami yakin, setiap rakyat Malaysia pada ketika ini bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir ini dan cuba menghulurkan bantuan kepada mereka semampu yang boleh. Justeru, kami menubuhkan tabung ini untuk mengajak dan memudahkan rakyat Malaysia bersama-sama menderma bagi membantu mangsa di luar sana,” katanya.

Untuk menderma ke tabung ini, pelanggan Bjak.my boleh menyalurkannya ketika memperbaharui insurans kereta di platform Bjak.my dengan menekan pautan di SINI dan ikuti langkah-langkah seperti tertera di bawah:

“Bjak.my akan menggandakan jumlah derma dengan setiap ringgit yang pengguna dermakan ke Tabung Bjak Kasih ini. Strategi Bjak.my ternyata berbeza dengan yang lain kerana bukan sahaja membantu mangsa banjir, malah Bjak.my mengajak pengguna bersama-sama menderma meringankan beban mangsa banjir yang memerlukan. Secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi hasil kutipan derma,” tambah Amierul Nasier.

Tabung Bjak Kasih ini dibuka bermula 15 Januari 2021 dan akan tamat pada 31 Januari 2021. RM 1 juta kutipan derma disasarkan dan hasil kutipan Tabung Bjak Kasih ini akan disalurkan segera kepada mangsa-mangsa banjir pada pertengahan Februari.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)