Siakap Keli
Gambar Via Syafiq Adam

Cara Mudah Cabut ‘Wallpaper’ Dinding Tanpa Rosak, Lelaki Kongsi Tips Mudah Hanya Guna 2 Bahan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap rumah pasti nampak lebih elegan dan menarik jika dihiasi dengan wallpaper. Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun pakai wallpaper, pasti berkeinginan untuk tukar yang baru. Ramai yang mengeluh untuk tukar wallpaper yang lama kerana bimbang dinding akan rosak dan melunturkan warna cat.

Ada sesetengah dari mereka mengambil masa berhari-hari untuk cabut wallpaper rumah. Selain itu, ada juga yang sanggup mengupah orang untuk cabut wallpaper. Justeru, mereka yang melakukannya sendiri akan berasa stress, fed up setelah mendapati dinding dan cat menjadi rosak.

Mengikut salah seorang pengguna Facebook, Syafiq Adam, beliau kongsikan tips untuk cabut wallpaper dengan hanya 10 minit (bergantung pada saiz dinding) dan tidak akan merosakkan warna cat asal.

Berikut adalah cara untuk cabut wallpaper dengan mudah.

(1) Basahkan roller dengan air paip

(2) Sapukan roller basah pada wallpaper

(3) Terus tarik kertas wallpaper

Tengok video yang dikongsi oleh Syafiq Adam di bawah.

Cara mudah cabut wallpaper

Hi 🤗..Harini kami nak share CARA MUDAH CABUT WALLPAPER dlm 10 minit shj ( bergantung size dndg).Ramai yg stress bile part nak cabut wallpaper ni, ada cat terhakis la, ada kertas2 wallpaper xnak tanggal la.. Ada yg amik 2 hari nak cabut. Tp klau ikut cara kami ni insyaallah mudah sgt2..Hanya guna 2 brg je…Skg da boleh la klau nak ubah selera dr wallpaper ke wainscoting plk.. 😬😬.#wainscoting#homedecor #irisdeko #caracabutwallpaper #wainscotingmelaka #wainscotingmurah

Posted by IrisDeko Wainscoting on Monday, January 18, 2021

Sumber: Syafiq Adam 

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.