Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penuaran wabak Covid-19 ternyata memberi kesan kepada rata-rata rakyat. Ada individu yang kehilangan pekerjaan dan syarikat terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi menangung kos operasi.
Antara yang terjejas, restoran makanan terkenal di Bangi, Red Wok Restaurant yang terpaksa membuat keputusan menutup operasi keedai mereka buat selamanya.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi RED WOK RESTAURANT, pihak pengurusan memohon maaf di atas kekurangan sepanjang beroperasi dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia mereka sejak dibuka pada tahun 2010.
Assalamualaikum kepada semua pelanggan Red Wok Sdn Bhd.
Mulai bulan Februari 2021 pihak pengurusan RED WOK Restaurant telah membuat keputusan untuk menutup operasi kedai kami buat selamanya.
Rentetan penularan COVID 19 kedai kami turut terkesan sebagaimana operasi perniagaan yang lain.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan setia kami ats sokongan yang telah diberikan…
Kami memohon maaf ats kekurangan serta kesilapan kami sepanjang kami menjalankan operasi restoran kami….
Akhir kata kami mendoakan semoga pelanggan kami berada di dalam keadaan yang baik dan dilindungi olehNya dan semoga perniagaan serta rakan seperjuangan kami yang lain dilimpahkn rezeki olehNya
Sekian terima kasih.
Salah satu tempat makan terkenal di Bangi, RED WOK Restaurant umumkan PENUTUPAN OPERASI buat selamanya mulai Februari ini.
😭😭😭 pic.twitter.com/YF97BKiyYK
— 🇲🇾 #BangiKita 🇲🇾 (@BangiKita) January 27, 2021
Sumber: Facebook RED WOK RESTAURANT