Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Walau Berlainan Agama Kita Sebuah Keluarga,” Ebit Lew Ziarah Gereja, Sampaikan 100 Set Makanan, Kerusi Roda

Sha Rossa

Bila disebut nama Ebit Lew, pasti ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Seperti baru-baru ini, Ebit Lew telah melaksanakan misi bantuan ke Sabah selama 10 hari di daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna bagi membantu mereka yang memerlukan.

Baca: Ebit Lew ‘Terbang’ Ke Sabah, Bawa 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda Dan 200 Biji Tab Untuk Yang Memerlukan

Antara persinggahan di dalam misi tersebut ialah Gereja St Dominit Katolik, Lahad Datu, di mana beliau teah menyampikan sumbangan berupa makanan, kerusi roda dan penutup hidung dan mulut.

Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu.

Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut orangnya. Beri hadiah 100 set makanan, 10 kerusi roda, dan facemask.

Berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama kita sebuah keluarga.

Terharu Father kenal saya, katanya selalu tengok Ebit Lew membantu semua orang. Ustaz chinese kan. Yer saya chinese. Ramai pelajar disini semua melambai-lambai saya. Sayang pada mereka semua.

Semoga menjadi asbab kebaikan dan kasih sayang- ebitlew.

Sumber: Ebit Lew