Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Pengantin Ini Menangis Di Hari Perkahwinannya, Sebak Tak Ada Tetamu Datang Gara-gara COVID-19

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pengantin lelaki di China menangis apabila didakwa tiada tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya ekoran wabak COVID-19.

Rakaman video yang tular memaparkan seorang pengantin lelaki menangia ditenangkan oleh pasangannya. Dirinya turut meminta maaf kepada pasangannya kerana gagal memberikan perkahwinan yang diimpikan.

Menurut laporan, pasangan tersebut didakwa melangsungkan perkahwinan tanpa kehadiran keluarga mahupun rakan-rakan. Majlis itu diadakan di daerah Hebei utara yang menjadi salah satu kawasan penularan COVID-19 pada beberapa minggu yang lalu. Detik menyedihkan itu dilaporkan berlaku pada 9 Januari yang lalu.

Sejak 8 Januari, terdapat tiga bandar Hebei termasuklah ibu kota Shijiazhuang yang mempunyai 11 juta penduduk didakwa mengalami perintah berkurung di mana penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kediaman mereka kecuali jika mendesak.

Bagaimanapun, pengantin tersebut menerima banyak ucapan tahniah dari para netizen setelah rakaman video menjadi tular di media sosial di China.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia