Siakap Keli

Komited Nak Mengajar, Jom Sokong “Channel” Youtube Cikgu Jai Ajar Matematik Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Seperti yang diketahui, peningkatan kes COVID-19 di negara ini telah memperlihatkan perubahan yang besar kepada sektor pendidikan di mana pelajar sekolah (kecuali pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting) terpaksa menjalankan pembelajaran di rumah.

‘Pembelajaran alaf baru ini’ menyaksikan guru-guru serta pelajar perlu menggunakan gajet dan juga internet.

Dalam keadaan ini, guru-guru pastinya menjadi orang yang sangat sibuk dan perlu memikirkan idea yang kreatif bagi mencurahkan ilmu kepada semua pelajar.

Usaha semua guru seharusnya dipuji dan dihargai kerana mereka sememangnya komited dalam mendidik anak bangsa.

Menerusi ciapan Nazmi Jailani di laman Twitter, dia berkongsi mengenai saluran Youtube yang dicipta oleh bapanya untuk mengajar para pelajarnya.

Sayangnya, video-video yang dimuatnaik oleh bapanya itu tidak mendapat banyak tontonan.

Menurutnya, dia berharap agar netizen terutamanya pelajar menyokong saluran Youtube bapanya itu.

Bapanya yang berusia lebih 50 tahun tetap komited mengajar subjek matematik dengan membuat kandungan di Youtube ketika PKP.

“Dia selalu kongsi link dalam group WhatsApp keluarga untuk bagi kami tonton,” katanya.

Tambahnya lagi, bapanya baru sahaja memulakan saluran Youtube itu dan kini mengajar subjek matematik bagi tingkatan dua dahulu, mungkin selepas ini akan ada kandungan bagi tingkatan lain pula.

Untuk anda terutamanya pelajar sekolah menengah yang ingin menonton kandungan Youtube tersebut, anda boleh tonton DISINI.

Sumber: Nazmi Jailani

Sofea

There's always another side to every story