Siakap Keli
Gambar: Super Cats

(Video) Tular Dengan ‘Catwalk’ Lenggang-Lenggok, Gelagat ‘Oyen Debab’ Ini Buatkan Warganet Mintanya Untuk ‘Diet’

Satu video yang memaparkan seekor kucing berwarna oren atau lebih dikenali sebagai ‘oyen’ dalam kalangan pencinta haiwan telah menjadi tular di media sosial.

Jika sebelum ini, tular seekor kucing berwarna oren berjalan bersama rakannya dengan gaya yang cukup menarik perhatian. Tak cukup dengan rakaman singkat itu, rakaman kali ini memaparkan kehidupan haiwan comel yang berbadan gempal ini.

Video tersebut memaparkan si ‘oyen’ yang mempunyai cara berjalan yang comel dan agak melucukan.

Dengan berbadan gempal dan besar, cara berjalan kucing tersebut yang seakan sedang berjoget telah membuatkan ramai warganet berasa terhibur dan geram dengan kecomelannya.

Masa untuk diet

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah dikongsi sebanyak 13 ribu kali dan lebih 3 ribu komen.

Sumber: Super Cats

Aqmal Ezany

I write what is right