Mesti ada orang yang jenis suka tukar-tukar tema bilik tidur kan? Ye, tak dinafikan mesti akan rasa bosan dengan corak, warna dan susun atur dalam bilik. Tapi masalah sekarang adalah bajet. Mana taknya, setiap kali deko mesti menelan kos yang tinggi.
Jadi, SK hari ini ingin kongsi beberapa barang ‘makeover’ bilik tidur yang tidak menggunakan modal yang tinggi kerana kebanyakan barang yang digunakan oleh Marsyii dari laman Shopee.
Gadis ini berkongsi gambar biliknya yang telah diubah suai dengan menggunakan barangan di Shopee sahaja. Ia tampak lebih selesa dan minimalis.
“Aku nak share sikit macam mana aku makeover bilik dengan barang shopee saja. Let’s go!!”
Sebelum
Selepas
Btw semua barang aku beli dekat shopee ya (kecuali tilam & decoration). Nanti aku share barang aku beli.
Btw semua barang aku beli dekat shopee ya (kecuali tilam & decoration). Nanti aku share barang aku beli. pic.twitter.com/fywpoi8SYp
— Marsyayang✿ (@marsyiii) February 5, 2021
1. Lantai
Okay guys! First kita start dengan flooring. Aku guna vinyl sticker. Bilik aku kecik je so aku guna dalam 60pcs. Warna maple yellow.
Kalau nak lagi kemas boleh beli vinyl skirting. Aku tak beli sebab malas pasang.
2. Cat dinding
Yang ni bukan barang shopee tapi aku just nak share cat colour apa aku guna. Aku guna cat code moonshadow. Warna dia macam kelabu cair nak ke putih sikit.
Untuk langsir aku beli langsir bintang bintang kalau kena matahari. Aku recommend kalau tingkap 2 panel better amik 2 ye kalau nak nampak fluffy gitu & measure before beli. Btw aku beli 130×260 terlebih labuh. Salah aku tak measure dulu.
Okay next kita move kepada laci. Laci ni macam ikea punya laci tapi version budget. Ok lah not bad. Ruang dia takde lah besar. Sesuai untuk tudung & makeup or baju & seluar kecik.
Sebab kan aku ni terlalu banyak baju jadi aku terpaksa beli clothes hanger ni. Sesuai untuk orang yang suka iron baju kerja untuk seminggu terus. Boleh lah beli ni.
Next untuk almari. Aku beli almari 3 pintu. Takde lah besar sangat sebab bilik pun kecik je. Tapi dah sold out lah guys. Takpe boleh cari kat seller lain. Kena pandai cari untuk dapat shipping cost murah.
Bilik tak lengkap kalau takde carpet bulus. Aku beli colour grey. Murah jee nok. Beli 10 pun boleh. Boleh letak kat toilet sekali gituu (gurau).
8. Bedding
Sebab kan bilik aku kecik so aku tak beli katil. Aku buat style no bed bedroom. Nampak kemas. Tilam aku tak beli kat shopee okeh.
9. Cadar
Untuk cadar pulakk aku beli size queen. Sangat murah yee. Tapi korang kena beli quilt sendiri sebab dia sedia kan quilt cover sahajaa. Tilam queen aku syor kan beli size king sebab queen selimut dia kecik.
Disebabkan set cadar tu cuma bagi 2 sarung bantal je. So aku terpaksa beli bolster cover ni asing. Nasib baik mur mur je.
Nak nampak kan bilik tu tak terlalu kosong. Aku beli pokok tipu! Tapi dah sold out ye guys. Korang boleh cari kat seller lain. Pokok ni kecik comel. One set dengan bakul kecik tu. Boleh letak atas side table tepi katil.
Yang ni aku saje beli sebab nak tinggikan pokok tu. Biar nampak lagi kemas.
12. Frame
Okay next! Yang frame ni aku buat sendiri. Cari gambar google then print. Tinggal beli frame je kat mr diy. Easy! Ini bukan barang shopee okay.
light ni aku beli kat shopee. Sebab susah nak cari fairy light pakai plug. So yahh why not cari kat shopee!
Ok next aku beli floating shelf sebab bahagian dinding macam kosong sangat.
Here’s some tips untuk orang yang tak ada drill or tak nak drill dinding. Boleh try buat macam aku. Guna tali then paku.
Untuk nak gantung tu aku beli macrame rope & wooden ring. Aku guna macrame rope 5mm 25 meter itu pun ada lebih. Korang boleh beli dari seller ni. Servis dia bagus.
Aku guna roller paint ni. Senang gila nak cat lagi kalau perempuan. Roller paint ni just refill dalam dia lepastu terus cat. Tak payah risau cat tumpah menitis. Tak perlu alas cat tu just refill. Simple!!
Okay thats all barang yang aku guna. Untuk decoration pokok kecik tu semua aku beli kat mr diy & kaison.
Sumber: Marsyii