Siakap Keli
Gambar: Yahoo Autos

Lelaki Dilaporkan Maut Ditembak Selepas ‘Prank’ Rompak Tak Menjadi

Polis di Tennessee, Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan susulan seorang lelaki ditembak dan terbunuh ketika cuba untuk melakukan prank rompakan demi video YouTube, lapor Global News.

Polis Nashville terus bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki berumur 23 tahun yang mengakui bahawa dia telah menembak lelaki berumur 20 tahun itu, menurut kenyataan media daripada polis.

Saksi memaklumkan kepada para detektif bahawa mangsa dan seorang lagi rakannya sedang melakukan satu ‘prank’ rompakan untuk video di YouTube mereka ketika mereka mendekati sekumpulan orang sambil membawa pisau pemotong daging.

Lelaki yang menembak mangsa itu menyatakan yang dia tidak menyedari bahawa semua itu adalah ‘prank’ semata dan terus menembak mangsa sebagai tindak balas untuk melindungi dirinya dan orang yang bersama dengannya ketika itu.

Tiada sesiapa yang dilaporkan didakwa atas kematian mangsa. Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan.

Sumber: Global News