Siakap Keli

TERKINI: Semua Sektor Peruncitan Dibenarkan Dibuka Termasuk Kedai Pakaian, Kosmetik Bermula Esok

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuka semua sektor peruncitan bermula esok (10 Februari).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

”Sidang khas semalam bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada peniaga-peniaga kecil,” kata beliau.

Antara sektor berbaki di bawah sektor peruncitan yang belum dibuka adalah seperti kedai pakaian, kasut, aksesori, fesyen, kedai gambar, kedai alat permainan, kedai alatan sukan, kedai kosmetik dan sebagainya.

Namun begitu, kata beliau, setiap peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti proses nyahkuman dan pembersihan dilaksanakan tiga kali sehari selain pemakaian pelitup separuh muka bagi pelanggan dan pekerja.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.