Satu video yang memaparkan anak ‘Si Oyen’ seakan bergaduh ketika sedang menyusu telah meraih perhatian.
Video yang berdurasi selama 15 saat itu memperlihatkan dua anak kucing seakan bergaduh bertepis-tepis tangan ketika sedang menyusu badan ibunya.
Ketika kedua-dua ekor anak kucing itu ‘bergaduh’ anak kucing yang lain kelihatan dengan tenang sahaja sedang menyusu.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 9 ribu kali oleh warganet.
BARU MENETAS DAH BERGADUH.
BAYANGKAN SEMUA HERO OYEN NI DAH BOLEH BERJALAN NANTI 😂 pic.twitter.com/Yjiubuseph— ¨̮ (@FXTVT) February 9, 2021
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan telatah anak kucing terbabit.
Sumber: @FXTVT