Siakap Keli
Gambar: JomJalan, Sweet Like Candy - blogger

7 Tempat Wajib Bawa Anak Jalan, Tambah Ilmu Lepas PKP Tamat Di KL

Pasti ramai diantara kita dah tak tahu nak jalan dekat mana dah dekat Kuala Lumpur ni. Manakan tidak, balik balik masuk shopping mall je sampai dah tak tahu nak buat apa dalam shopping mall tu.

Sekiranya anda mencari aktiviti atau tempat menarik untuk nak jalan-jalan bersama keluarga atau cari port dating selain shopping mall, try lah kunjungi muzium-muzium yang ada dekat KL ni.

Di samping dapat mengisi masa lapang, anda juga boleh menambah ilmu pengetahuan juga.

Berikut adalah muzium-muzium yang anda boleh pergi sekitar Kuala Lumpur ni:

Muzium Negara

Gambar: Muzium Negara

Terletak dekat Jalan Damansara di Kuala Lumpur, muzium ni mempamerkan pelbagai barangan yang membabitkan sejarah dan kebudayaan Malaysia.

Apa yang best Muzium Negara? Kalau yang suka upload Instagram, facebook, ambil selfie depan muzium dengan mural dia yang sangat colorful. Di sini  juga terdapat artifak-artifak bersejarah, contoh paling best – Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan. Nak tau banyak lagi, apakata bawak anak-anak jalan ke sini. Boleh juga check online Muzium negara kalau nak tau lebih banyak lagi:

http://www.muziumnegara.gov.my/

Facebook: Muzium Negara Rasmi

Kalau malas nak drive, apa susah  anda boleh naik pelbagai kemudahan awam ke muzium ni. Harga tiket dia cuma RM2 Je. Kalau malas nak drive, boleh sahaja naik MRT stesen muzium negara.

Muzium Kesenian Islam

Gambar: Islamic Tourism Centre of Malaysia | ITC

Kalau korang nak tau Muzium Kesenian Islam Malaysia ini merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam.

Bagi siapa yang suka selfie, boleh bergambar berlatarkan background yang lawa dengan motif yang cantik kat muzeum ni.  Bukan itu saja, restoran dia pun cantik, ada class.

Bagi Parents  yang berkelapangan, best bawa anak-anak kesini, boleh belajar  Islamic arts, siap ada aktiviti buat kraf, kalau datang weekend boleh lepak dan dengar story telling.

Siapa yang belajar kejuruteraan  pun boleh dapat ilham bila tengok motif-motif yang menarik. Rugi tak pegi sini, macam-macam ada.

Sebelum pergi check dulu website, FB diorang tengok apa aktiviti-aktiviti yang menarik. Best tau.

www.iamm.org.my

Facebook: Islamic Arts Museum Malaysia

Lokasi dia terletak dekat Jalan lembah Perdana. Tiket masuk dia pula cuma RM 14 je. Kalau malas nak drive boleh naik komuter ke stesen KL dan jalan 7 minit je.

Muzium Polis Diraja Malaysia

Gambar: Bernama

Apa yang best sangat pasal muzium ni? Kalau korang nak tau Muzium Polis Diraja Malaysia ni banyak mempamerkan sejarah pasukan Polis Malaysia daripada zaman pemerintahan kolonial Inggeris lagi.

Daripada motosikal sampaila  senjata-senjata yang dirampas daripada penjenayah pun ada dipamerkan di sini.  Bagi yang suka selfie tu janga lupa bergambar dengan kapal terbang yang ada kat luar tu. Nak tau apa yang ada lagi disini, bolehlah melayari facebook diaorang:

Facebook: Muzium Polis Diraja Malaysia

Kalau anda minat dengan perihal dan pasukan polis Malaysia, muzium ni lah yang wajib anda pergi. Dan yang paling menariknya, masuk muzium ni percuma je. Pada yang malas nak drive boleh jer naik komuter berhenti di stesen Kuala Lumpur.

Muzium Tekstil Negara

Gambar: Jabatan Muzium Malaysia

Kalau tengah melepak atau berjalan-jalan berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad tu, jangan lupa singgah  Muzium Tekstil.

Terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, muzium ni diangkat menjadi satu tanda mercu warisan paling penting di pusat bandar Kuala Lumpur.

Kalau nak tahu macam mana zaman datuk nenek kita pakai semasa majlis rasmi dengan aksesori yang klasik, ni la tempat sesuai. Bagi mereka yang belajar seni fesyen tempat ini boleh dijadikan sebagai rujukan. Sekarang ni ada pameran baju kurung sepanjang zaman sampai 31 Mac 2021. Nak tau lebih lanjut, layari website dan facebook:

www.muziumtekstilnegara.gov.my

Facebook: Muzium Tekstil Negara

Muzium Seni Kraf Orang Asli

Gambar: Jabatan Muzium Malaysia

Tengok gambar depan saja, pasti ada yang tertarik dengan ukiran dan hasil tangan orang asli.

Apa yang best kat sini?  Muzium ni secara amnya mempamerkan seni kraf Orang Asli yang terdapat di Malaysia.

Kalau nak tengok hasil seni ukiran kayu Orang Asli yang cantik-cantik, singgahlah muzium ni. Antara artifak yang dipamerkan kat sini adalah topeng, arca, patung-patung dan banyak lagi yang dibuat hasil daripada Orang Asli. Maklumat lanjut boleh diperolehi seperti berikut:

www.jakoa.gov.my

Facebook: Muzium Seni Kraf Orang Asli

Muzium Diraja

Gambar: Jabatan Muzium Malaysia

Muzium Diraja ini dahulunya adalah Istana Negara yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong pertama sehinggalah Yang di-Pertuan Agong ke 13 iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun selepas sahaja Istana Negara yang baharu siap dibina, istana ini telah ditukarkan menjadi muzium.

Muzium Diraja ni menawarkan pameran berbentuk ruangan rasmi dan ruangan peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Jadi, kalau nak tengok secara lebih dekat tentang apa yang ada dan suasana dekat dalam Istana Negara ni, bolehlah datang ke sini. Maklumat lanjut boleh diperolehi seperti berikut:

www.jmm.gov.my

Facebook: Muzium Diraja Kuala Lumpur

Muzium Telekom

Gambar: www.muziumtelekom.com.my

Mesti ramai yang belum sampai ke sinikan? Bagi anak-anak kecil yang tidak pernah melihat telefon  yang digunakan zaman datuk nenek kita, sinilah tempat paling best untuk tengok telefon tu secara real.

Muzium Telekom ni terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja. Terdapat dua buah galeri dalam muzium ni.

Pengunjung dapat menimba pengalaman dan belajar banyak sejarah tentang sistem komunikasi yang bermula daripada era manusia pra sejarah sehinggalah zaman moden. Lagi satu yang paling unik, ada program tidur dalam muzium sesuai untuk kanak-kanak sekolah.

Harga yang dikenakan untuk masuk muzium ni cuma RM 6 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari seperti berikut:

www.muziumtelekom.com.my

Aqmal Ezany

I write what is right