Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Wanita Maut Cedera Teruk Selepas Tersedut Masuk Dalam Mesin Pengisar Daging

Seorang pekerja kilang ternakan terbunuh setelah dia disedut ke dalam mesin pengisar daging dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Rusia.

Menurut Daily Mail, wanita itu ditarik ke dalam pengisar setelah tangannya terperangkap dalam mesin ketika dia memindahkan ayam dari satu penghantar ke penghantar yang lain.

Kejadian yang berlaku di kilang di Belousovo itu dirakam CCTV dan menunjukkan dengan jelas ketika mangsa disedut ke dalam mesin itu.

“Pekerja itu mati di tempat kejadian,” kata jawatankuasa siasatan Rusia.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia akibat luka di bahagian dada.

“Sukar untuk membayangkan apa yang dialaminya sebelum meninggal,” kata satu laporan tempatan di Belousovo.

Kes itu ‘terungkap’ setelah para pegawai jawatankuasa siasatan mengeluarkan penemuan siasatan yang mendapati terdapat sejumlah pelanggaran keselamatan disebabkan oleh ‘kecuaian’.

“Tiada perisai pelindung pada mesin dan terdapat akses secara terus ke mekanisme putaran pengisar itu,” kata jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu juga berharap agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap ladang dan kilang ternakan yang melakukan kecuaian seperti itu.

 

 

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story