Siakap Keli

5 Perkara Yang Buat Mesin Pengisar Anda Cepat Rosak

Selain dapat menghaluskan buah-buahan, kadang kala blender di rumah juga sering digunakan untuk menghaluskan bahan tumisan atau rempah. Fungsi pengisar bukan hanya satu, kadang-kadang terlalu banyak penggunaan menjadikan pengisar berfungsi lebih kerap hingga mengalami kerosakan. Dipetik dari The Kitchn, terdapat lima kesalahan yang membuat blender anda cepat rosak.

1. Susunan bahan kisar yang salah

Umumnya seseorang akan mengikut urutan yang tercatat di dalam resipi, namun sebenarnya memasukkan bahan ke dalam blender memiliki aturan agar blender tidak cepat rosak. Untuk mengelak dari kerosakan, masukan bahan kering, sayuran hijau, buah-buahan dan lainnya, kemudian baru masukan ais dan bahan beku. Dengan cara ini, bilah pisau akan bekerja lebih cekap dan menghasilkan tekstur halus.

2. Terlalu dekat dengan dinding

Meskipun blender berkecepatan tinggi dilengkapi dengan kipas pendingin untuk mencegah mesin dari panas berlebihan, ada baiknya untuk menariknya agar jaraknya lebih jauh dari dinding atau ruang tertutup lainnya saat digunakan. Dengan cara ini, kipas dapat melakukan tugasnya dan mesin tidak akan terlalu panas.

3. Membiarkan makanan mengering di dalam wadah blender

Kadang kala rasa malas untuk terus mencuci bekas blender setelah digunakan akan menyebabkan sisa-sisa kisaran tersebut melekat, oleh itu membiarkan sisa bahan makanan akan lebih sukar untuk dibersihkan. Selain itu, bahan makanan yang lengket seperti mentega kacang atau buah yang menetap dan mengering boleh menyumbat bekas atau bahkan merosakkan bilah.

4. Menyimpan bekas blender di dalam peti sejuk

Setelah selesai menghaluskan bahan makanan dengan blender, sebaiknya terus meletakan di bekas yang berbeza, sehingga tidak perlu untuk meletakkannya di dalam peti sejuk. Perubahan suhu dapat membebankan blender terutaman di bahagian galas blender dan menyebabkan kerusakan yang lebih cepat berlaku.

5. Menggunakan mesin cuci pinggan

Walaupun pengisar berkelajuan tinggi anda secara teknikal menjadikan is selamat untuk menggunakan mesin cuci pinggan mangkuk. Namun, jika anda ingin memanjangkan hayatnya, disarnakan untuk mencuci blender sevara manual menggunakan tangan dengan teliti. Ini akan memastikan pisau tetap tajam dan bekas blender dalam keadaan baik.

Sumber- Thekitchn

Faiz Mustafa

Editor: Azmil
" "