Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Nak Tahu Besi Melekat Pada Perut Atau Tak, Budak Autisme Ini Dilapor Telan 54 Biji Magnet Untuk ‘Eksperimen’

Dipercayai kerana sifat ingin tahu, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menghidap autisme dan ADHD telah menelan sejumlah 54 biji bebola magnet dalam satu eksperimen sendiri di rumahnya di Greater Manchester.

Lapor Daily Mail, tindakan kanak-kanak 12 tahun itu membuatkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam bagi mengeluarkan objek tersebut.

Dia dikatakan ingin mengkaji sama ada objek logam akan melekat pada perutnya selepas menelan bebola magnetik berkenaan selain melihat keadaan bebola itu apabila dikeluarkan bersama najis.

Bagaimanapun, bebola magnet itu dipercayai tidak keluar sehingga empat hari, memaksa kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa dia telah tertelan objek tersebut. Wanita itu kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke hospital untuk pemeriksaan, lapor Daily Mail.

Hasil imbasan sinar-X mendapati terdapat 54 biji bebola magnet di dalam sistem pencernaan kanak-kanak tersebut yang dikhuatiri menembusi tisu atau organ penting yang lain hingga boleh menyebabkan kematian.

Susulan itu, pihak hospital telah menjalankan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan kesemua bola tersebut dengan menebuk perut kanak-kanak berkenaan.

“Saya fikir apa yang membuatkan ia sukar ialah saya tidak mengerti bagaimana atau kenapa dia telan sebanyak itu,” kata ibunya.

“Anak saya sangat meminati sains dan suka membuat eksperimen, dia kemudiannya mengaku “Saya cuba melekat magnet pada badan saya, saya nak tengok jika tembaga ini melekat pada perut ketika ada magnet di dalamnya”.

Tambah portal itu, kanak-kanak itu telah meminta untuk membeli bebola magnetik menggunakan wang simpanannya sebagai hadiah Krismas. Difahamkan, dia telah menelan magnet buat kali pertama pada 1 Januari dan 4 Januari secara berasingan.

Setelah berlanjutan selama beberapa hari, tiada magnet dilaporkan keluar dari sistem tubuhnya, membuatkan kanak-kanak itu cemas dan berterus terang dengan ibunya. Dia juga dikatakan mengalami komplikasi serta tidak dapat bergerak tanpa muntah hijau dipercayai akibat kebocoran usus.

Dia terpaksa makan melalui tiub dan dipasang kateter semasa dalam tempoh rawatan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.