Siakap Keli
Gambar: Catastrophic Failure

(Video) Detik Cemas, Buaian Taman Tema Terhempas, 16 Orang Dilapor Cedera

Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan cedera manakala tiga lagi cedera parah selepas buaian di sebuah taman tema di Hunan, China terhempas, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.40 petang di sebuah kawasan di Shaoyang County.

‘Kerusi terbang’ itu dilaporkan hilang kawalan kerana mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki itu, kata pegawai dan saksi.

Kesemua mangsa yang tercedera dilaporkan telah dimasukkan ke hospital.

Susulan daripada itu, taman tema tersebut telah ditutup sementara menunggu siasatan mengenai punca kemalangan berkenaan dijalankan, kata pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Shine

Aqmal Ezany

I write what is right