Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pertama Kali Dalam Sejarah, Harga Satu Bitcoin Dilapor Cecah Lebih RM200,000

Sofea
Gambar via CNN

Harga satu bitcoin dilaporkan telah mencapai sebanyak $ 50,000 (RM201,500) hari ini dan ia merupakan pertama kali dalam sejarah sejak 12 tahun yang lalu.

Menurut Yahoo Finance, bitcoin melonjak melebihi $ 50,000 pada sekitar jam 12.30 tengah hari di London hari ini.

Jumlah tertinggi itu juga memperlihatkan bahawa mata wang kripto terbesar di dunia itu telah meningkat lebih dari 350%.

“Peningkatan bitcoin dari $ 40,000 ke $ 50,000 mengambil masa selama enam minggu,” kata ketua eksekutif syarikat mata wang kripto Nexo, Antoni Trenchev.

Tambahnya lagi, jangkaan bagi lonjakan harga yang seterusnya adalah sehingga $ 100,000.

Sumber: Yahoo Finance