Siakap Keli
Kredit: Google

Kuat Diet, Tapi Berat Tak Turun? Ini Kesilapan Yang Mungkin Selalu Buat Tapi Tak Sedar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah anda mengamalkan diet setiap hari, tapi selepas dua minggu ‘berlapar’ berat badan anda masih kekal sama?

Tahukah anda, walaupun diet sudah diamalkan bagi mendapatkan berat badan ideal dan hidup secara sihat, namun jika tersalah tekniknya, diet itu berisiko ‘tidak menjadi’.

Justeru, apakah punca masalah sebenarnya kalau anda sudah penat berdiet tapi berat masih sama?

Persoalan bagi isu ini telah dibahaskan oleh seorang pengamal diet, Sairul Mohamad dalam ‘group’ Facebook Diet Suku-Suku Separuh hari ini. Mari ikuti penjelasannya ini.

Diet, tapi berat tak turun?

6 kesilapan yang mungkin merendahkan metabolisme badan kita.

Saya terjemah dan ringkas kan satu artikel berbahasa Inggeris, untuk kita semua faham dengan lebih baik.

Ini kesilapan yang pertama dari 6 kesilapan yang lain. Oleh sebab panjang sangat, saya pecah-pecahkan ia kepada beberapa posting. Follow facebook saya ya!

Kesilapan 1 dari 6: ‘Makan terlalu sedikit’

(Aik, bunyi macam pelikkan?, sambung baca ya. Disokong data kajian yang dibuat di Jepun)

Walaupun secara teorinya, kalori yang diambil perlu kurang (defisit) untuk kurus, tapi jika terlalu sedikit akan beri kesan sebaliknya.

Bila kita makan terlalu sedikit dalam beberapa minggu, badan kita akan mula sesuaikan keadaan.

Badan kita akan terbiasa dan faham bahawa kalori yang akan mereka dapat makin berkurang.

Secara automatik, badan akan perlahankan kadar metabolisme untuk melindungi diri kita.

(Ha, nampak tak? Mungkin dekat sinilah berlaku plateau. Hampir semua orang akan hadapi keadaan ini, bila berat mereka berhenti turun. Ini saya yang rasa lah)

Gamnbar hiasan | Kredit: Google

Ada satu kajian di Jepun. Seramai 32 orang diuji selama 4 hari. Kumpulan pertama hanya ambil 1,114 kcal dan kumpulan kedua ambil 1,462 kcal sehari.

Selepas 4 hari, kedua-dua kumpulan didapati turun berat dengan jumlah yang sama. JUMLAH YANG SAMA, saya ulang ya.

Kadar metabolisme badan kedua-dua kumpulan jatuh. Tapi kadar metabolisme badan kumpulan pertama (1,114 kcal) jatuh LEBIH TERUK iaitu sebanyak 13% manakala kumpulan kedua (1,462 kcal) hanya jatuh sebanyak 6%.

Kesan jangka panjang boleh jadi lebih teruk. Kena ingat kajian ini baru 4 hari sahaja.

Kesimpulan yang penulis artikel ini buat. Jika kita diet dengan cara kalori defisit, jangan kurangkan terlalu banyak. Dan jangan buat terlalu lama.

Kerana kadar metabolisme badan kita akan jadi rendah dengan sangat relevan.

(Apa yang saya boleh katakan pula, ‘cheat day’ mungkin boleh jadi sesuatu yang bagus untuk kekalkan metabolisme badan kita pada tahap yang lebih baik.)

Gambar hiasan | Kredit: Google

Saya ada pengalaman beberapa kali, bila saya ‘on diet’ dan pilih untuk ‘cheat day’ semasa pulang ke kampung.

Makan agak banyak dari biasa, tetapi berat saya masih turun dengan agak relevan pada minggu-minggu yang berikutnya.

Saya pelik, tapi inilah mungkin jawapannya.

Ia boleh berlaku atas banyak faktor, tapi kawan-kawan cuba lah buat ya! Boleh beritahu saya apa kesannya nanti.

Selamat membaca dan selamat menambah ilmu! Beritahu saya pendapat kalian di bahagian komen ya!

Setuju, tidak setuju, mengarut atau apa-apalah. Saya buka untuk dibincangkan.

Sairul Mohamad

Menulis untuk memotivasi diri sendiri
Saya juga sedang turunkan berat badan
(98.6 kg ke 72.0 kg) (Sekarang di 78.3Kg)

Admin Group Telegram ‘Sihat Sama Sama’
(Boleh search kalau nak join, PERCUMA)

Sumber: Sairul Mohamad melalui Diet Suku-Suku Separuh

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'