Siakap Keli

HITZ Sarawak Mohon Maaf, DJ Radio Terlibat Kontroversi Video Viral Digantung Tugas Sementara

Saluran radio tempatan, HITZ Sarawak, membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas isu yang telah tular di media sosial sejak semalam.

“HITZ komited untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dengan tulus ikhlas kami memohon maaf di atas tindakan yang dilakukan oleh penyampai kami dalam video yang tular itu.

“Kami memandang serius mengenai perkara ini dan akan melakukan siasatan dalaman,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, penyampai tersebut telah digantung tugas sementara waktu.

Sumber: Hitzsarawak

Sofea

There's always another side to every story