Siakap Keli

TERKINI: 3,297 Kes Baharu Covid-19, Negeri Perak Catat Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 1,215 Kes

Setakat hari ini, 21 Februari 2021, KKM telah mengesan lagi 3,297 kes baharu positif Covid-19. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Coid-19 adalah 283, 569 kes.

Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut meningkat kepada 4,456 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 249, 209.

Justeru itu, jumlah kes aktif setakat hari ini adalah 33,304. Daripada jumlah tersebut seramai 209 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, pertambahan kes kematian hari in adalah seramai 5 pesakit. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 1,056.

Ini antara pecahan kes baharu positif Covid-19 mengikut negeri.

Dalam peta tersebut menunjukkan index kes positf di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Boleh dilihat di sini, negeri Perak mencatat kes tertinggi pada hari ini dengan 1,215 kes. Negeri Selangor turut mencatat jumlah positif antara tertinggi iaitu dengan 868 kes diikuti dengan negeri Johor iaitu 431 kes.

Bagi negeri Perlis, kekal tiada pertambahan kes positif.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.