Putrajaya, 22 Feb – Remaja lelaki berusia 17 tahun merupakan antara enam kematian akibat COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jenazah pesakit yang merupakan bukan warganegara itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Tiada latar belakang penyakit dikemukakan.
Sementara itu, lima lagi kematian lain melibatkan warganegara Malaysia berusia 25 sehingga 84 tahun dengan latar belakang penyakit masing-masing.
Kelima-lima kes tersebut dicatatkan berlaku di negeri Pahang, Sabah, Sarawak dan Selangor.
Berikut adalah perincian lanjut mengenai kes kematian akibat COVID-19 hari ini.
Sumber: KP Kesihatan