Siakap Keli

Budak 2 Tahun Dilapor Maut Terkena Renjatan Elektrik, Dipercayai Tertusuk Sudu Dimainnya Dalam Plug Atas Lantai

Seorang kanak-kanak lelaki dua tahun dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat terkena renjatan elektrik selepas memasukkan sudu ke dalam extension cord.

Menurut Philipphines Lifestyle News, mangsa yang dikenali sebagai Jake Angara itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 7 Februari lalu.

Kisah yang berlaku di Quezon City itu telah dimuatnaik oleh ibu mangsa di laman Facebook dan kini menjadi tular di Filipina.

Ibu mangsa, Eloisa Acay Angara, mengatakan bahawa dia ketika itu membuat susu yang diminta oleh anaknya.

Dia mengatakan bahawa sudu telah diletakkan ditempat yang tinggi agar ia tidak dapat dicapai oleh anaknya.

Pun begitu, Jake tetap mencapai sudu itu dan memasukkanya ke dalam extension cord.

Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital dan tidak lama selepas dia disahkan meninggal dunia.

Menurut saudaranya, Jake merupakan seorang anak yang sangat comel, baik dan bijak.

Menurut jurucakap Meralco, Joe Zaldarriaga, adalah bahaya untuk memasukkan sesuatu ke dalam extension.

Sebaiknya tanggalkan extension cord sebaik sahaja digunakan. Alat keselamatan juga tersedia untuk menutup saluran elektrik.

Sumber: Philippines Lifestyle News

Sofea

There's always another side to every story