Siakap Keli
Gambar Via Mufarwa Farid

Isu Undang-undang Syariah Kaitkan Seks Luar Tabii Sebagai Jenayah Tidak Sah, Peguam Jelaskan Keputusan Mahkamah Persekutuan Supaya Orang Ramai Faham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang dilaporkan media pada hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perlakuan seks luar tabii yang ditetapkan sebagai jenayah dalam peruntukan undang-undang Syariah Selangor adalah tidak sah.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kesan daripada keputusan tersebut dan masih lagi tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Sehubungan itu, peguam, Mufarwa Farid, menjelaskan mengenai perkara tersebut di Facebook beliau sebentar tadi.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

1. Hari ini merupakan keputusan sama ada seorang lelaki boleh dituduh di Mahkamah Syariah Selangor kerana cubaan melakukan liwat dengan lelaki lain.

2. Keputusan tersebut berpihak kepada lelaki ini. Mahkamah Persekutuan mendapati, Mahkamah Syariah tidak ada kuasa untok membicarakan kes liwat.

3. Jadi, maksudnya, boleh ke meliwat? Tak boleh! Ia masih kesalahan dalam undang-undang sivil Malaysia. Keputusan hari ini hanyalah untok tentukan Mahkamah Syariah ada kuasa atau tidak terhadap kesalahan liwat.

4. Kita tengok dulu latar belakang kes ini. Secara ringkasnya, pada tahun 2019, beliau dituduh di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu kesalahan bersetubuh di luar tabii. Beliau didakwa di Mahkamah Syariah Selangor.

5. Namun, beliau tidak berpuas hati. Beliau mendakwa, Mahkamah Syariah Selangor tak ada bidang kuasa untok mendengar tuduhan tersebut.

6. Beliau mendakwa, kes tersebut perlu didengar di bawah Mahkamah sivil. Bukannya Mahkamah Syariah.

7. Maka, setelah penelitian, panel-panel Hakim Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa Mahkamah Syariah TIDAK mempunyai kuasa untok bicara kes-kes liwat.

8. Hal ini disebabkan, kes-kes liwat sudah diperuntukkan dalam kesalahan jenayah negara. Ia terkandung dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

9. Mana-mana kesalahan jenayah, perlulah dibicarakan di mahkamah sivil, kecuali jenayah-jenayah berkait dengan agama Islam.

10. Sekiranya ada undang-undang jenayah yang dah ditulis dalam undang-undang sivil, maka undang-undang Syariah tak boleh buat undang-undang yang sama. Tengok Perkara 4 dalam Senarai Persekutuan Perlembagaan Persekutuan.

11. Kalau Mahkamah Syariah boleh bicarakan kes liwat ini, ia jadi satu percanggahan antara dua bidang kuasa mahkamah ini.

12. Jadi, Mahkamah Syariah takda kuasa untok mendengar kes liwat tersebut. Malah, lepas ni, semua perundangan Syariah negeri tak ada kuasa untok buat undang-undang berkenaan liwat.

13. Adakah lepas ni liwat dibenarkan? Tidak.

14. Negara kita masih menghukum perbuatan liwat tersebut melalui Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

15. Cuma, keputusan hari ini menandakan Mahkamah Syariah hilang kuasa untok menghukum kesalahan liwat tersebut.

Sumber: Mufarwa Farid

Sofea

There's always another side to every story