Siakap Keli

Mike Tyson Rancang Besarkan Empayar Ganjanya, Mahu Bina Resort Mewah & Universiti Bertemakan Ganja

Bagi yang tidak tahu, lagenda sukan tinju yang terkenal dengan pukulan kalah mati, Mike Tyson, telah menjual produk ganja sejak 2016 lagi melalui label Tyson Holistic.

Menurut laporan The Sun.co pada 2020, Tyson dipercayai memperoleh sekitar £ 500,000 (lebih RM2 juta) sebulan melalui perniagaannya itu yang menawarkan strain ganja premium, makanan, dan ekstrak.

Ingin meluaskan lagi empayarnya, Tyson dalam perancangan untuk membangunkan pusat percutian yang bertemakan ganja dengan luas 418 hektar.

Dia juga mengimpikan pusat percutian itu menjadi ‘tuan rumah’ festival muzik yang mampu menyaingi Coachella.

Gambar Via The Sun.co

Pada tahun 2018, Tyson telah mendedahkan rancangannya untuk memperluaskan ‘kerajaan ganja’ dengan taman tema ganja yang terletak di California di mana bahan tersebut sah di sisi undang-undang.

Tidak cuma itu, dia juga akan membina Universiti Tyson di lokasi yang bertujuan untuk mengajar petua penanaman ganja kepada bakal ‘petani’.

Gambar Via The Sun.co

Tyson yang bertahun-tahun ‘bergelut’ dengan penyalahgunaan bahan termasuk kokain mengatakan bahawa dia selesa dengan ganja dan berharap dapat menggunakan perniagaannya untuk memberikan kesedaran mengenai nilai perubatan ganja, lapor NZ Herald.

“Saya selalu memikirkan seberapa baik yang saya dapat lakukan untuk membantu orang dengan penggunaan ganja,” katanya.

Sumber: The Sun.co, NZ Herald

Sofea

There's always another side to every story