Siakap Keli
Kredit: Bernama

PKPB Di Seluruh Negeri Sarawak Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021

Putrajaya, 26 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sarawak akan dilanjutkan sehingga 15 Mac akan datang, lapor Bernama TV memetik siaran media Majlis Keselamatan Negara.

Menurut kenyataan tersebut, perintah yang sepatutnya berakhir pada 1 Mac ini diteruskan selepas membuat penilaian risiko dengan pelbagai agensi terlibat dalam pelaksanaan perintah tersebut.

“Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, masih berlaku peningkatan kes di seluruh negeri dengan sebanyak 2,623 kes telah direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari 2021,” tulis kenyataan itu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh negeri Sarawak bermula 2 Mac sehingga 15 Mac 2021.”

Sumber: MKN, Bernama TV

Amira

Love yourself.